Eh resepi lagi..hehe

Minggu cuti panjang ni memang sakan dengan acara memasak, masing-masing nak makan tu..nak makan ni ishh macam² sungguh anak² ni tak terkecuali si ayah la jugak.  Memang penat tapi seronok bila masakan habis dimakan tapi kalau tak habis memang stress sebab kita pulak nak kena perhabih makanan...maka jadilah badan makin ditiup² warghhhh sadissss


siput sedut

Siapa pernah makan gulai lemai siput sedut dan dimakan dengan cili bercuka camgini..memang sah ramai yang tak pernah kan tapi gini la Umi makan (kalau waktu rajin) sebab mak Umi yang makan camni..siapa tak pernah rasa patut cuba sambil sedut siput dan kunyah cili api dengan bawang tu...perghh memang terbaik sambil mengalir air mata haha



Bahan A :
1/2 kilo siput sedut 
Santan
Asam keping

Bahan B:

3 ulas bawang merah - dihiris/ditumbuk
2 ulas bawang putih - dihiris/ditumbuk
1/2 inci halia - dihiris/ditumbuk
4 sudu rempah kari ikan
1 cawan air

Cara mencuci siput sedut:

  • Basuh siput sedut beberapa kali hingga air basuhan tidak lagi keruh. Rendam siput didalam air bergaram selama 30 minit.  Garam dimasukkan untuk memastikan segala lendir dalam siput tu akan keluar.  Kemudian basuh kembali siput sedut dan dipotong bahagian hujung runcing siput sedut guna playar.  Basuh dan bersihkan, toskan dan letak tepi.


Cara membuatnya:

  • Masukkan bahan yang dihiris kedalam periuk beserta rempah dan air.  Kacau dan pastikan rempah tu larut dalam air dengan api sederhana
  • Bila sudah mendidih masukkan asam keping dan kacau hingga hampir kering
  • Masukkan siput sedut dan masukkan air (jika perlu) dan pastikan siput bergaul dengan rempah
  • Masukkan santan dan kacau dalam 10 minit hingga kuah mendidih. Tutup api dan masukkan garam secukup rasa. Masak jangan sampai pecah minyak.

Bila nasi dah terhidang acara menyedut siput pun berjalan serentak, kalau silap potong memang kena ada banyak tenaga untuk sedut siput ni..kekadang tu sampai semput pun ado..hihi

Selamat mencuba