Resepi Salad Dengan Pokok Sireh Cina | Ada yang panggil pokok ketumpang air, pokok kekabu air dan pokok Sireh Cina. Tumbuhan herba yang dipanggil  Peperomia Pellucida atau Crab Claw herbs ni makan sebagai salad dan juga dimasak (boleh Google untuk pelbagai resepi dari luar negara.


Pokok yang tumbuh renek ni boleh didapati dengan banyak serta tumbuh kat celah-celah pasu tak pun dalam pasu dan yang pasti ramai akan cabut buang pokok ni sebab rasa dia tumbuhan yang tanpa faedah dan kegunaan kan. Pasti lepas baca entri Umi ni boleh la simpan sebab omputih memang suka dengan pokok. Pokok ni juga ada biji-biji seakan lada hitam tapi berwarna hijau halus.

Ada yang mengatakan harga Sirih Cina ini boleh mencecah sehingga RM10 bagi 100 gram bagi daun sirih yang sudah dikeringkan dan dijual di Kedai Ubat Tradisional Cina. So boleh la mula menanam kot.


Nota : kalau kita makan rasanya macam kita kunyah sireh pun ada tapi pastikan basuh dan bersihkan sebelum makan ok

Resepi Salad Dengan Pokok Kekabu Air


Resepi Salad Dengan Pokok Kekabu Air

Daun dibersihkan, dipotong ikut kesukaan dan dicampur dengan tomato ceri serta diletakkan sos thousand island...sedappp



Sayur ini juga boleh digoreng macam buat kangkung belacan dan dimasukkan udang. Cubalah.


Antara kegunaan pokok, ianya boleh digunakan untuk mengubati secara tradisional penyakit seperti:
  • Kencing manis, darah tinggi dan Gout - direbus atau dijadikan jus dan diminum airnya
  • Bengkak - dihancurkan dan campur dengan bedak sejuk dan dilumurkan pada bahagian yang bengkak
  • Kayap & gatal2 - ditumbuk dengan nasi sejuk sampai lumat dan dilumur pada tempat yang terkena kayap atau gatal2 tu
  • Batuk - dikeringkan, rendam dan minum airnya

Antara lain khasit dan kegunaan pokok ni boleh digunakan untuk merawat:
  • artritis
  • rheumatisme
  • sakit sendi 
  • sakit perut


Ada yang menggunakan jusnya bagi mengelakkan jangkitan pada mata, cirit biri, selesema dan jangkitan pada pundi kencing

Peringatan : Ini adalah sekadar ikhtiar dan kalau penyakit berlarutan harus berjumpa doktor supaya tidak melarat lebih teruk.

Banyak manfaat daun sirih cina ni antaranya adalah
  • Sirih Cina untuk wajah. Daun ini dikatakan sangat berkesan untuk menghilangkan jerawat. Ambil beberapa helai daun Sirih Cina dan dicuci bersih dan kemudian ditumbuk halus. Tempelkan ramuan ini ke muka atau bisul jerawat dan jadikannya sebagai masker.
  • Mengurangkan suhu badan ketika demam. Ambil daun Sirih Cina ini dan ramaskan ke dalam air. Gunakan air yang diramas bersama-sama daun tadi, sapukan ke kepala, leher dan badan. Ia dikatakan boleh meredakan suhu badan yang sedang panas.
  • Melegakan sakit kepala. Pokok Sirih Cina ini boleh dimakan seperti salad untuk mendapatkan khasiatnya. Bahagian pucuk daun Sirih Cina ini dikatakan mempunyai rasa yang lebih sedap dan berlemak. Ia dikatakan sangat berkesan bagi mereka yang menghidap sakit kepala atau migrain.
  • Merawat luka terbakar dan melecur. Bagi rawatan ringan bagi luka terbakar dan melecur, cara ini boleh digunakan. Cara mengolah sirih cina bagi rawatan ini juga cukup mudah. Ambil daun sirih cina ini secukupnya dan bersihkan. Tumbuk sehingga lumat dan tempelkan daut tersebut pada luka. Balut dengan tuala pada luka tersebut dan ulang bagi sesi seterusnya jika perlu.
  • Melegakan sakit perut. Rebus sahaja daun sirih cina ini dan minum air rebusan tersebut.
  • Sirih cina untuk gout. Di Indonesia, gout dikenali sebagai asam urat. Caranya dengan menjadikan daun sirih cina ini sebagai rebusan dan diminum dua kali sehari.
  • Sirih Cina ini juga boleh dimanfaatkan dengan cara merebus daun sirih untuk diminum. Ambil daun Sirih Cina ini secukupnya dan rebuskan bersama beberapa gelas air. Minum air rebusan ini ketika ia masih hangat dan suam.