Umi ni memang banyak dapat undangan sejak dari bulan Ramadhan untuk iftar tapi rasa malas sebab waktu Ramadhan la masa untuk keluarga berlanjutan sempena Syawal pun banyak undangan tapi Umi cuma pick and choose jer...huihh berlagak kah? tak pun sebab Umi ni Umi mithali gitu hehe

Minggu lepas seorang sahabat ingatkan Umi untuk majlis rumah terbuka oleh pihak D'Arina Skyview untuk para penggiat industri pelancongan dan Umi pun bersetujulah sebab dekat hehe

Restoran Arina Skyview terletak di tingkat 20 ni punya pemandangan yang sangat cantik diwaktu malam dan kalau sekiranya berminat untuk membuat mesyuarat, pakej nikah, bertunang, berendoi juga pakej menerima menantu pun boleh dibuat disini.  Kita boleh juga hubungi agen pelancongan TDK Travel & Tours Sdn Bhd melalui email : tdktravel@hotmail.com untuk sebarang pertanyaan mengenai tarikh dan harga.

Ok bercerita pasal Arina Skyview ni yang kebanyakan staff disini adalah dari Restoran Seri Melayu yang dulu memang rajin Umi tempah untuk para pelancong yang datang dari Tanah Arab, negara seberang dan negara Eropah..sampai dulu kalau sebut nama Umi (bukan nama ni ya) dekat RSVP tu memang sangat kenal la hehe..those were the days! eh melalut sudah.

Kenapa Arina Skyview patut menjadi pilihan? Selain makanan tradisional Melayu asli, kita dapat menikmati pemandangan indah Kuala Lumpur terutama diwaktu malam kerana bandaraya Kuala Lumpur bertambah cantik bila dilimpahi cahaya lampu dengan bangunan KLCC sangat jelas kelihatan dan cantik!

Selain pakej Aidil Fitri, restoran ini juga menyediakan pakej perkahwinan, bertunang, harijadi, makan malam, seminar, mesyuarat, pelancaran produk dan sebagainya dan apa yang kita perlu hanyalah Mengenai makanan yang berbincang dengan pihak restoran mengikut bajet kita dan citarasa kita.


Makanan memang sedap mengikut selera Umi dan sempena bulan Syawal ni kami dihidangkan dengan bihun sup utara (berwarna kuning), nasi ada pencuci mulut dan pelbagai jenis lagi la...cuma perut jer tak mampu nak merasa semua jenis kan

Panorama malam yang sempat diambil sebelum balik. Cantik!


Image result for arina skyview
pic dari Arina Skyview

Arina Skyview Kuala Lumpur terletak di Menara Arina Uniti Kg Baru.

Alamat : 97, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
Waktu operasi : 10 pagi - 7 malam
Telefon : 603-2202 7468